17 Oktober 2011

Selamat Hari Lahir buat diriku...


Alhamdulillah... aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana aku diberi lagi kesempatan untuk bernafas sehingga genap usiaku 24 tahun. Aku bersyukur kerana Kau telah panjangkan lagi umur aku untuk aku menjawat jawatan sebagai hamba Mu yang daif. Aku juga bersyukur kepada Mu kerana Kau telah berikan aku kesihatan yang sejahtera supaya aku mampu beribadat kepada Mu. Walaupun dengan keadaan aku yang tidak beberapa sihat ini, tapi aku masih mampu merasai nikmat dunia yang telah kau berikan.

Hari ini adalah ulang tahun kelahiran diriku yang ke-24. Ini bermakna usia ku makin meningkat dewasa. 24 tahun berlalu dengan sekelip mata tanpa ku rasai pemergiannya. Semua kenangan lama tersimpan rapi dalam lipatan sejarah.

Aku jarang menyambut ulang tahun kelahiran diriku kerana aku tak suka. Seingat aku, hanya pernah sekali aku sambut ulang tahun kelahiran yang ke-8 pada tahun 1995. Tika itu umur aku berusia 8 tahun. Ayah berbesar hati utk buat majlis ulang tahun kelahiran aku secara kecil-kecilan. Aku menjemput sahabat handai yang terdekat dan rakan sekelas aku utk datang ke rumah jam 10:00 pagi.... hukhukhukhuk....maaf aku kurang sihat hari ni. Menu utama adalah Nasi Minyak, Bihun Goreng, Keropok, Kuih Agar-agar dan yg paling utama adalah sebiji kek hari lahir yang ditempah khas oleh ayah kat Bandar Al-Muktafi Billah Shah a.k.a AMBS. Ini la 1st and last aku sambut birthday.

Wallahu`alam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan