28 September 2011

Biarlah berpada..


"Kalau nak cari isteri biarlah berpada. Ada perempuan yang boleh jaga kita tapi belum tentu dia boleh jaga 'hati & perasaan' kita," pesan guru aku.

Pandai jugak dia bercakap soal hati & perasaan.. desis hatiku..

Sambungnya lagi... "Ambe pesan benor ke anok-anok ambe, mu jangan cari org puang ambe dan mok mung dok suke..walaupun mok ayoh dia suka mung. Hidup mung dok kang aman. Gitu jugok kalau mu cari org puang walaupun aku & mok mung suka tapi mok ayoh dia dok suka mung, mung jangan tebeng. Dok kang senang hidup mung. Carilah yang dua-dua suke dan buleh trima, baik kiri & kanan, hehehehehehehe..." katanya sambil menghembus asap rokok 'Lucky Strike' ke udara.

"Kalau ibu bapok buat molek ke kite, buat baik dgn kite wajib kite ikut kata dia. Sebab orang tua ni padangan dia berbeza dengan pandangan orang muda. Kite duk napok Si A yang molek. Orang tua napok Si B yang lebih molek. Tapi kite dok tahu guane lagi cerita kita dengan Si A.", kata guru sambil memamah buah laici.

Aku pikir ada betulnya kata-kata nasihatnya. Lumrah kehidupan manusia adanya zahir dan batin. Jika perkahwinan itu hanya sekadar memenuhi syarat fizikal semata-mata ada insan yang boleh menjaga makan minum kita dan menemani kita, maka bagaimana pula dengan hati dan perasaan? Seandainya seseorang itu tak memahami dan tak menjiwai diri kita, takkan ada segerak hati untuk memahami jiwa masing-masing.

Bayu malam bertiup menyapa pipiku. Aku termenung sambil menghirup secawan kopi. Kata-katanya masih terngiang2 di telingaku seolah-olah dia merasai apa yang aku rasa. Seolah-olah dia mengetahui apa yang aku sembunyikan daripadanya. Kadang terdetik di hati utk khabarkan padanya tentang dia namun hatiku belum kuat untuk menyatakan perkara itu.  

Kembara ku bersamanya semalam dapat ku pelajari lebih banyak perkara dalam hidup ini. 

p/s: nanti sambung lagi... nak bersiap balik ke Kuantan..

26 September 2011

Jadilah Awang

Jadilah Awang,
Siang ke ayoh,
Jadilah isap dadoh.
Baliklah Awang tulong ayoh wat khije bbaruh.
Peyingat leboh tebuan janji doh
Mung dia ni dok ketik.
Kubao bbaruh ajok mung kubang,
Kambing ayoh ajok mung khabat bukit,
Ayang lagok ajok mung main galoh panjang.

Baliklah Awang,
Ayoh nok ajor mung semayang berimang,
Dok pasal juge mung bilang bulang bitang.

Awang,
Mung kang laki,
Bakpe dok panda pilih heroing,
Tera dulu makan peta,dok payoh makang ganja.
Tinggallah daun ketung, tera pulok makang ma'jong.

Awang, belajo makang bubur lambok,
Mane tau buleh ganti ubak batuk.
Tinggallah dadoh hei Awang,
Pagi ikut ayoh gi noreh getoh,
Tinggallah syabu ecstacy,
Balik krumoh mok rebuh tongkat Ali.

Awang,
Dulu mung gemuk setuku,
Le ning kuruh ceding, lawo kucing.

Jadilah Awang,
Ayoh ingat lagi jamang budok mung panda cabut ubi,
Ayoh rindu nok tengok mung pikul padi uboh dalam kembong.
Ayoh suke tengok mung dok dangao tarik layuk hambat burung,
Mata kheling anok Klesom.

Jamang mung kecik
Ayoh warning tikuh jangan berambat, takut mung kejut.
Ayoh sms ke katok suruh panggil ujang,
Nok suruhnye mung tido panjang.

Bila mung beso mung jadi hanyut.
Pademu makan bende busuk,
Baik mung makan rumput.
Sedap mate tengok mung gemuk.

Jadilah Awang,
Baliklah ayoh nok suruh mung jadi orang.
Ayoh piak, ayoh debok, bukan benci ke mung.
Mok baloh nge ayoh mmalang,
Mok lari kelek kusang,
Mung tetap mok mmenang.

Kalu tin Milo ayoh tu mahal,
Ayoh nok gada
Nok cari petue dadoh ganja,
Nok suruh mung tinggal.

Awang,
Kita bukang orang kaye.
Ayoh noreh getoh, mok mung jual gambir.
Kalu mung beghenti isap dadoh,
Kulit mung lembut macang kulit ayoh.
Tinggallah dadoh tu Awang.
Baliklah mok nok ajor mung semayang.

24 September 2011

Marah...dan saya boleh menahan marah.


Allah bagi akal supaya kita berfikir serta ambil pengajaran atas pemikiran tadi. Tarbiyah daripada Allah ini datang dalam pelbagai cara. Dulu aku jugak mempunyai sifat marah yang membuatkan diri aku merasa aku lah yg paling bagus, aku lah yg terbaik. tapi sebenarnya tidak. Sifat marah itu sebenarnya melambangkan ego kita. Tak ade untung kita ego dengan sesama manusia. Ego dengan Allah apatah lagi. 


Aku mula sedar setelah aku terbaca satu artikel yang dikirim email oleh seorang sahabat aku dari sebelah Utara. Cerita seorang ayah mentarbiyahkan seorang anaknya. Begini ceritanya....


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik,anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal'''.




~ Salah satu daripada akhlak adalah menahana marah dan saya boleh menahan marah.. =)

Berakhir Sebuah Penantian...


DUNGUN: Seorang lelaki terkedu apabila menemui rangka dan tengkorak manusia dipercayai milik bapanya yang hilang sejak 38 hari lalu di kawasan hutan di belakang rumahnya di Kampung Rhu Batil, Kuala Abang, di sini, semalam.

Mohd Fauzi Aman, 37, berkata dia dan abangnya, Azhar, 39, menemui rangka dan tengkorak berkenaan pada jam 9 pagi selepas memasuki kawasan hutan itu yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya.

Menurutnya, hatinya tiba-tiba terdetik memasuki kawasan hutan berpaya di belakang kediamannya itu biarpun dia sudah beberapa kali memasuki kawasan itu bagi mencari bapa, Aman Mohamad, 68, yang hilang sejak 16 Ogos lalu.

“Pada malam sebelum penemuan itu, saya tidak dapat tidur lena kerana teringatkan bapa dan saya berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk di mana bapa berada.

“Sebaik memasuki kawasan itu, saya dan abang terjumpa rangka tulang dari paras pinggang ke bawah dan ketika itu saya diselubungi perasaan sedih hingga menyebabkan saya terduduk seketika di situ,” katanya.

Menurutnya, tidak puas hati dengan penemuan cebisan tulang itu, dia dan abangnya terus memeriksa kawasan sekitar sebelum menemui tengkorak manusia dan beberapa lagi tulang yang berselerak.


“Saya percaya tulang itu berselerak akibat dimakan dan dilarikan binatang liar,” katanya yang percaya tulang dan tengkorak berkenaan milik bapanya.

Mengimbas kehilangan bapanya, Mohd Fauzi berkata, selepas bersahur pada 16 Ogos lalu, dia dikejutkan isterinya pada jam 7.45 pagi memaklumkan bapanya tiada di dalam bilik sebelum bertindak mencari di sekitar kampung.

“Saya mendapati kunci pintu dapur terbuka dari dalam dan mencari bapa sekitar kampung, namun tidak menemuinya,” katanya.

Menurutnya, beberapa penduduk memberitahu ada menemui seorang lelaki tua berkain pelekat tanpa baju berjalan di sekitar kampung dan daripada gambaran yang diberikan ia bertepatan dengan gaya bapanya.

“Bapa memang tinggal bersama saya dan ada kalanya bersama abang, Azhar membawanya pulang untuk dijaga di rumahnya di Kemaman. Dia sejak akhir-akhir ini kelihatan banyak terlupa, namun berdasarkan ingatannya pada kisah lampau, saya percaya dia masih belum nyanyuk,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, dia sudah puas berusaha mencari bapanya termasuk ke kampung asal bapanya tinggal sebelum ini di Kampung Seberang Pintasan, dekat sini, namun usaha itu menemui jalan buntu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan rangka itu dan berkata, pihaknya akan mendapatkan bantuan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk mengenal pasti identiti rangka berkenaan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Sumber: Harian Metro, Ahad, 25 September 2011

04 September 2011

Penantian yang tiada berpenghujung...


Andai ku tahu sedikit detik berlaku akan sesuatu, pasti aku akan sedaya upaya menguruskannya sebaik mungkin. Segalanya bermula pada semalam, 2 Sept 2011... sehingga ke hari ini, aku menyendiri. bersendirian. Aku tak ingin org yg berada disekililing melihat akan kesedihan diri ini. Linangan butiran mutiara jernih berguguran setiap kali aku teringat... setiap kali aku terkenang... setiap aku terbayang akan detik-detik kemusnahan cita-cita & angan-angan yg telah siap ku pasang.

Kata orang, 'tak kenal maka tak cinta'.
Ada pula bait kata yang bersuara 'cinta tak semestinya memiliki'.
Bagaimana pula kalau aku katakan 'andai memiliki tak semestinya dicintai'?

Antara ungkapan yg berlegar diruang minda ku yang kosong. Aku tak mampu berkata apa-apa. Aku hanya mampu berdiam diri. Berbisik di dalam hati, adakah ini salah satu ujian yang menimpa diri ini seperti yang pernah dikhabarkan? Kenapa aku harus menempuhi ujian yang amat memeritkan ini seperti memilih antara HIDUP atau MATI.

Aku tidak mahu berdosa kepada-Nya,
Aku tidak mahu berdosa kepada mereka,
Aku tidak mahu berdosa kepada Si Dia,
Aku tidak mahu berdosa kepada diriku sendiri.

Biarkan diriku sengsara...
Asalkan kedua mereka tidak merana
Biarkan diriku bersendirian...
Asalkan aku tidak lupa akan dirinya

Biarkan diriku menurut kata...
Asalkan aku tidak dipersalahkan di kemudian harinya
Biarkan diriku sebegini...
Asalkan aku dapat kembali memulihkannya 

Biarkan diriku jauh dimata...
Asalkan aku dekat dihatinya
Biarkan diriku merana...
Asalkan dirinya berbahagia
Biarkan diriku tanpa dipandu...
Asalkan aku tak terbabas daripada arah yang dituju
Biarkan diriku mengalir air mata darah...
Asalkan tidak pada diri mereka

Biarkan diriku diam tak berkata...
Asalkan hatiku tidak berhenti menyebut namanya
Biarkan diriku memejam mata...
Asalkan hatiku tidak buta untuk memandangnya
Biarkan diriku pekakkan telinga...
Asalkan hatiku mendengar bicaranya
Biarkan diriku terhenti nafas seketika...
Asalkan jiwa ku hidup untuk bersamanya

Biarkan dirinya melupai aku...
Asalkan dia tidak lupakan janji-janjiku
Biarkan dirinya membenci aku...
Asalkan aku masih menyayangi dirinya
Biarkan dirinya pergi seketika...
Asalkan kelak kami temui bahagia
Biarkan dirinya bersemayam di sana...
Asalkan aku dapat bersamanya jua...


02 September 2011

Raya oh Raya....



Hari ni hari raya yang ke-empat. sekejap jer ianya berlalu 4 hari. Tahun ni berbeza dgn raya berbanding tahun-tahun lepas. aku pon tak tau sebab ape..aku ingatkan aku sorang jer yang rasa camtu. Rupanya ade lagi kawan2 yang seperasaan dengan aku. Hari ni aku lost mood utk cakap banyak. So, aku bukak blog aku taip jer la. Taip apa yang aku rasakan. Hari Raya dulu tak sama seperti 10 tahun dulu..

Lets go to time tunnel. Kita kembali pada beberapa tahun dahulu. aku ingin mengimbau kenangan sambutan hari raya dalam hidup aku.

Tahun 1992

Tika itu aku dan family tinggal di bandar Ketengah Jaya ketepi gagal coz my father kerja di sana. Aku tinggal di berek rumah kilang Felda Kerteh 6. Aku ingat lagi masa tu ada blok M, blok N, blok P, blok Q. Rumah aku pada blok P, no.2. Terletak di lereng bukit. Kebanyakan yang tinggal di situ adalah orang luar. So, bila nak raya jer semua org balik kampung.

Suatu hari, aku bermain di laman rumah ketika itu berumur 5 tahun, ada seorang kawan baik aku Nurul Izati Asma datang pada aku cakap, "Awak, atie dah nak balik kampung...". Aku ingat lagi kampung di kat daerah Besut kalau tak silap. Aku yg tengah seronok bermain pasir depan rumah, tetiba jadi terkedu. Aku terus masuk ke rumah dapatkan mak aku lalu ku menyapa...

"Mak, orang lain sume dah nak balik kampung. Kita takda kampung ke nak balik?" masih terngiang2 di telinga aku hingga ke hari ni..

"Sabar la. nati kita balik kampung. Tunggu ayah balik kerja dulu..." jawab mak aku.

"Yeaaaahh.. Atie, saya nak balik kampung jugak,". Kami senyum antara satu sama lain. 

Aku sambung balik bermain pasir dgn Atie. Tu jer mainan yg aku ade. Berbekalkan sebuah lori mainan yg boleh isi pasir, aku main angkut-angkut pasir. Tika itu ayah tak mampu nak belikan aku pelbagai mainan. Tika itu jugak ayah masih belum memiliki kereta. Kalau nak balik kampung, kami terpaksa la menaiki bas. Ayah balik dengan motorsikal. Perjalanan dari Ketengah Jaya ke Kg. Paloh memakan masa separuh hari.

Keesokkan harinya ayah dah cuti. Ayah menghantar kami ke perhentian bas di bandar Ketengah Jaya buruk gila time tu tak lawa macam skrg. Aku, adik dan mak balik naik bas. Selepas bas gerak, ayah follow bas dari belakang dengan motor. Biasalah, nama pun nak balik raya. Orang ramai bersesak-sesak naik bas. Penuh padat macam ikan sardin. Tak ada tempat duduk langsung. Perjalanan ambil masa 3 jam lebih, takkan nak berdiri. Aku, adik dan mak terpaksa la duduk atas tangga tiga beranak. Sebab lenguh berdiri. Sedih betul time tu. Mak bawa beg berisi baju-baju raya kami. Sampai skrg aku ingat mesti menitik air mata....

Tapi time tu aku masih kanak-kanak riang mujur la ada seroang kakak tu simpati dengan aku. Dia ajak aku duduk dengan dia, tika tu dia berdua dengan lelaki aku pon tak tau sape laki tu , so aku duduk la tengah2 antara mereka berdua. seronok dapat duk atas kusyen bas. kesian pulak tengok mak dan adik kat tangga. 

Penumpang kian berkurang, ramai yang dah turun. Tempat duduk kosong, mujur lah mak dan adik dapat duduk. Tu pun kira nasib baik ada insan yang berperikemanusiaan melihat ibu bersama anak-anak. Sehingga la kami selamat sampai ke bandar kuala terengganu. Zaman tu hentian bas lama (kini dah jadi stesen teksi). Puas pulak menunggu nak dapatkan satu lagi bas yg menghala ke Durian Burung dan Manir. Aku tidak lagi kelihatan di belakang bas..

Sekali lagi kami bertiga berebut naik bas sbb nak kan tempat duduk. Zaman tu ada lagi bas mini. Walaupun mini tapi laju gila.. hahahaha.. panas tak yah cakap la. aku sampai berpeluh. tambah pulak dahaga. masa tu bukan reti nak puasa pon. teguk air masak jela yg mak bawa. Dah sampai kat simpang kampung paloh, aku picit loceng. walaupun loceng tu tinggi aku panjat atas tempat duduk...nakal...hmmmm...bas pon berhenti...aku cepat2 bangun dan tolong mak angkat beg. Turun dari bas, aku nampak ayah dah tunggu kami dengan motorsikal. Hati riang tak terkata. gembira sangat2...dapat balik beraya di kampung...mak ada, ayah ada, adik ade, tokki ade, che ngah ade..

Nak sampai ke rumah tokki, kami berempat naik motorsikal menyalahi undang-undang JPJ terus ke dalam kampung. Aku nampak tokki duduk kat berandar luar sambil tersenyum. Aku cepat2 turun dapatkan tokki aku, aku dipeluk dan dicium oleh tokki. Terasa manja sangat.. kini, tokki dah tak ada.. :(

Begini lah kami saban tahun bila tiba musim perayaan..nak balik kampung bukan main susah...kena naik 2x bas. suasana panas tak yah cakap la..cuma apa yg aku nak gambarkan, dalam kesusahan aku nak balik kampung untuk beraya, tapi ada kegembiraan disebaliknya..

Tahun 1994

Pada tahun ni kami sekeluarga tidak lagi tinggal di Ketengah Jaya, kerana ayah dah bertukar tempat kerja di Kg.Shukur, Pasir Raja nun jauh di Hulu Dungun dan kami tinggal di Bukit Besi. Lebih kurang 40km dari tempat kerja ayah.

Tahun ni aku tak rasa mencabar mane bila balik raya sebabnya balik raya dengan Teksi. Ayah booking Teksi dengan kawan dia kat Bukit Besi orang kenal dia dengan Mat Lanun misai dia tebal gile. Takut gak aku tengok dia, act dia sebenarnya baik. Biasa lah budak-budak..

Pagi tu, mak dah kemas2 barang. Kebetulan anak saudara mak ada kat rumah aku, so dia tumpang balik sekali. So, kami berempat la balik. Apa yang menyedihkan ayah tak balik raya bersama, sedih gile. Tahun-tahun sebelom ni ayah follow kami anak beranak dengan motorsikal Yamaha 80 dia. Teksi tu pulak kereta Mercedez model lama. Hidup aku belum lagi familiar dengan kereta time tu, tu pasal aku mabuk bila naik Teksi tu. Nyaris aku nak muntah dalam dlm teksi sbb baunya kurang menyenangkan.

Nak boleh sampai kat depan rumah tokki, Allah jer yang tahu. Lambatnya nak sampai. Biasalah pakcik tua yang bawa. Laju mane sangat bawa.. 60 hingga 70km/j. Bila nak sampai agak nya. Aku rasa tahun ni last aku balik naik teksi. Aku lebih rela naik bas. Tapi sedih tetap sedih. Ayah tak balik beraya kerana terpaksa jaga enjin 12 jam. Kalau ayah tak ada, orang kampung tak ada api. Aku pernah tengok ayah operate generator mula pukul 7:00 mlm dan generator tu akan mati automatik pukul 7:00 pagi esok harinya..

-----------------------------------------**********-------------------------------------------

Tahun 2011

Kini...aku pulak mewarisi kerja cam ayah.. Kerja dengan utiliti bekalan elektrik ada giliran tunggu sedia. Dah 2 tahun berturut-turut aku kena standby pada Hari Raya.. Tahun 2010, aku berani-berani curi balik kampung utk sambut hari raya.. tapi tak seronok jugak sebab hati selalu duk pikir, kalau ade breakdown mati la aku..Alhamdulillah...stakat 2 tahun ni tak ada lagi breakdown pada hari raya. Allah itu Maha adil...Dia bagi jugak orang sambut raya bersama keluarga.

Tahun ni pun aku balik kampung dengan cruiser yg paling aku sayang CAQ 86...malam raya aku bertolak dari Kuantan, tiba di Kg.Paloh pukul 12:30 malam. Aku ke berandar rumah arwah tokki. Aku duduk sebentar di tangga. Dalam hatiku berdetik, kalau la arwah tokki aku ade kompom dia akan peluk cium aku lagi sebagai mana dia pernah cium & peluk aku tika aku kecil dahulu. Air mata ku bergenang. Aku beredar ke rumah mak, bersihkan diri dan menunggu waktu subuh.

Pagi tu orang lain sume sibuk ke surau untuk solat sunat adilfitri. Sempat jugak aku berada di rumah mak ayah di kampung paloh tika takbir bergema walaupun masih dalam standby , sempat aku menziarahi seorang diri ke kubur allahyarham Muda bin Muhammad a.k.a Tokki Muda dan allahyarhamah Khadijah bt Md. Amin a.k.a Mak Tua...Seterusnya beraya ke rumah guruku di sebelah Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Setelah selesai apa yg aku patut buat, aku bersiap-siap utk pulang semula ke Kuantan kerana masih standby breakdown. Aku hanya sempat berada di kampung Paloh hanya untuk beberapa jam sahaja. Tugas dan tanggungjawab lagi penting daripada aku beraya mengelilingi kampung. Apa yang penting, aku dapat berada di depan mata orang tua aku dan bersalaman dengan mereka, menziarahi tokki & mak tua, dan menziarahi guru aku.

Zaman dah berubah....raya oh raya...