04 September 2011

Penantian yang tiada berpenghujung...


Andai ku tahu sedikit detik berlaku akan sesuatu, pasti aku akan sedaya upaya menguruskannya sebaik mungkin. Segalanya bermula pada semalam, 2 Sept 2011... sehingga ke hari ini, aku menyendiri. bersendirian. Aku tak ingin org yg berada disekililing melihat akan kesedihan diri ini. Linangan butiran mutiara jernih berguguran setiap kali aku teringat... setiap kali aku terkenang... setiap aku terbayang akan detik-detik kemusnahan cita-cita & angan-angan yg telah siap ku pasang.

Kata orang, 'tak kenal maka tak cinta'.
Ada pula bait kata yang bersuara 'cinta tak semestinya memiliki'.
Bagaimana pula kalau aku katakan 'andai memiliki tak semestinya dicintai'?

Antara ungkapan yg berlegar diruang minda ku yang kosong. Aku tak mampu berkata apa-apa. Aku hanya mampu berdiam diri. Berbisik di dalam hati, adakah ini salah satu ujian yang menimpa diri ini seperti yang pernah dikhabarkan? Kenapa aku harus menempuhi ujian yang amat memeritkan ini seperti memilih antara HIDUP atau MATI.

Aku tidak mahu berdosa kepada-Nya,
Aku tidak mahu berdosa kepada mereka,
Aku tidak mahu berdosa kepada Si Dia,
Aku tidak mahu berdosa kepada diriku sendiri.

Biarkan diriku sengsara...
Asalkan kedua mereka tidak merana
Biarkan diriku bersendirian...
Asalkan aku tidak lupa akan dirinya

Biarkan diriku menurut kata...
Asalkan aku tidak dipersalahkan di kemudian harinya
Biarkan diriku sebegini...
Asalkan aku dapat kembali memulihkannya 

Biarkan diriku jauh dimata...
Asalkan aku dekat dihatinya
Biarkan diriku merana...
Asalkan dirinya berbahagia
Biarkan diriku tanpa dipandu...
Asalkan aku tak terbabas daripada arah yang dituju
Biarkan diriku mengalir air mata darah...
Asalkan tidak pada diri mereka

Biarkan diriku diam tak berkata...
Asalkan hatiku tidak berhenti menyebut namanya
Biarkan diriku memejam mata...
Asalkan hatiku tidak buta untuk memandangnya
Biarkan diriku pekakkan telinga...
Asalkan hatiku mendengar bicaranya
Biarkan diriku terhenti nafas seketika...
Asalkan jiwa ku hidup untuk bersamanya

Biarkan dirinya melupai aku...
Asalkan dia tidak lupakan janji-janjiku
Biarkan dirinya membenci aku...
Asalkan aku masih menyayangi dirinya
Biarkan dirinya pergi seketika...
Asalkan kelak kami temui bahagia
Biarkan dirinya bersemayam di sana...
Asalkan aku dapat bersamanya jua...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan