02 September 2011

Raya oh Raya....



Hari ni hari raya yang ke-empat. sekejap jer ianya berlalu 4 hari. Tahun ni berbeza dgn raya berbanding tahun-tahun lepas. aku pon tak tau sebab ape..aku ingatkan aku sorang jer yang rasa camtu. Rupanya ade lagi kawan2 yang seperasaan dengan aku. Hari ni aku lost mood utk cakap banyak. So, aku bukak blog aku taip jer la. Taip apa yang aku rasakan. Hari Raya dulu tak sama seperti 10 tahun dulu..

Lets go to time tunnel. Kita kembali pada beberapa tahun dahulu. aku ingin mengimbau kenangan sambutan hari raya dalam hidup aku.

Tahun 1992

Tika itu aku dan family tinggal di bandar Ketengah Jaya ketepi gagal coz my father kerja di sana. Aku tinggal di berek rumah kilang Felda Kerteh 6. Aku ingat lagi masa tu ada blok M, blok N, blok P, blok Q. Rumah aku pada blok P, no.2. Terletak di lereng bukit. Kebanyakan yang tinggal di situ adalah orang luar. So, bila nak raya jer semua org balik kampung.

Suatu hari, aku bermain di laman rumah ketika itu berumur 5 tahun, ada seorang kawan baik aku Nurul Izati Asma datang pada aku cakap, "Awak, atie dah nak balik kampung...". Aku ingat lagi kampung di kat daerah Besut kalau tak silap. Aku yg tengah seronok bermain pasir depan rumah, tetiba jadi terkedu. Aku terus masuk ke rumah dapatkan mak aku lalu ku menyapa...

"Mak, orang lain sume dah nak balik kampung. Kita takda kampung ke nak balik?" masih terngiang2 di telinga aku hingga ke hari ni..

"Sabar la. nati kita balik kampung. Tunggu ayah balik kerja dulu..." jawab mak aku.

"Yeaaaahh.. Atie, saya nak balik kampung jugak,". Kami senyum antara satu sama lain. 

Aku sambung balik bermain pasir dgn Atie. Tu jer mainan yg aku ade. Berbekalkan sebuah lori mainan yg boleh isi pasir, aku main angkut-angkut pasir. Tika itu ayah tak mampu nak belikan aku pelbagai mainan. Tika itu jugak ayah masih belum memiliki kereta. Kalau nak balik kampung, kami terpaksa la menaiki bas. Ayah balik dengan motorsikal. Perjalanan dari Ketengah Jaya ke Kg. Paloh memakan masa separuh hari.

Keesokkan harinya ayah dah cuti. Ayah menghantar kami ke perhentian bas di bandar Ketengah Jaya buruk gila time tu tak lawa macam skrg. Aku, adik dan mak balik naik bas. Selepas bas gerak, ayah follow bas dari belakang dengan motor. Biasalah, nama pun nak balik raya. Orang ramai bersesak-sesak naik bas. Penuh padat macam ikan sardin. Tak ada tempat duduk langsung. Perjalanan ambil masa 3 jam lebih, takkan nak berdiri. Aku, adik dan mak terpaksa la duduk atas tangga tiga beranak. Sebab lenguh berdiri. Sedih betul time tu. Mak bawa beg berisi baju-baju raya kami. Sampai skrg aku ingat mesti menitik air mata....

Tapi time tu aku masih kanak-kanak riang mujur la ada seroang kakak tu simpati dengan aku. Dia ajak aku duduk dengan dia, tika tu dia berdua dengan lelaki aku pon tak tau sape laki tu , so aku duduk la tengah2 antara mereka berdua. seronok dapat duk atas kusyen bas. kesian pulak tengok mak dan adik kat tangga. 

Penumpang kian berkurang, ramai yang dah turun. Tempat duduk kosong, mujur lah mak dan adik dapat duduk. Tu pun kira nasib baik ada insan yang berperikemanusiaan melihat ibu bersama anak-anak. Sehingga la kami selamat sampai ke bandar kuala terengganu. Zaman tu hentian bas lama (kini dah jadi stesen teksi). Puas pulak menunggu nak dapatkan satu lagi bas yg menghala ke Durian Burung dan Manir. Aku tidak lagi kelihatan di belakang bas..

Sekali lagi kami bertiga berebut naik bas sbb nak kan tempat duduk. Zaman tu ada lagi bas mini. Walaupun mini tapi laju gila.. hahahaha.. panas tak yah cakap la. aku sampai berpeluh. tambah pulak dahaga. masa tu bukan reti nak puasa pon. teguk air masak jela yg mak bawa. Dah sampai kat simpang kampung paloh, aku picit loceng. walaupun loceng tu tinggi aku panjat atas tempat duduk...nakal...hmmmm...bas pon berhenti...aku cepat2 bangun dan tolong mak angkat beg. Turun dari bas, aku nampak ayah dah tunggu kami dengan motorsikal. Hati riang tak terkata. gembira sangat2...dapat balik beraya di kampung...mak ada, ayah ada, adik ade, tokki ade, che ngah ade..

Nak sampai ke rumah tokki, kami berempat naik motorsikal menyalahi undang-undang JPJ terus ke dalam kampung. Aku nampak tokki duduk kat berandar luar sambil tersenyum. Aku cepat2 turun dapatkan tokki aku, aku dipeluk dan dicium oleh tokki. Terasa manja sangat.. kini, tokki dah tak ada.. :(

Begini lah kami saban tahun bila tiba musim perayaan..nak balik kampung bukan main susah...kena naik 2x bas. suasana panas tak yah cakap la..cuma apa yg aku nak gambarkan, dalam kesusahan aku nak balik kampung untuk beraya, tapi ada kegembiraan disebaliknya..

Tahun 1994

Pada tahun ni kami sekeluarga tidak lagi tinggal di Ketengah Jaya, kerana ayah dah bertukar tempat kerja di Kg.Shukur, Pasir Raja nun jauh di Hulu Dungun dan kami tinggal di Bukit Besi. Lebih kurang 40km dari tempat kerja ayah.

Tahun ni aku tak rasa mencabar mane bila balik raya sebabnya balik raya dengan Teksi. Ayah booking Teksi dengan kawan dia kat Bukit Besi orang kenal dia dengan Mat Lanun misai dia tebal gile. Takut gak aku tengok dia, act dia sebenarnya baik. Biasa lah budak-budak..

Pagi tu, mak dah kemas2 barang. Kebetulan anak saudara mak ada kat rumah aku, so dia tumpang balik sekali. So, kami berempat la balik. Apa yang menyedihkan ayah tak balik raya bersama, sedih gile. Tahun-tahun sebelom ni ayah follow kami anak beranak dengan motorsikal Yamaha 80 dia. Teksi tu pulak kereta Mercedez model lama. Hidup aku belum lagi familiar dengan kereta time tu, tu pasal aku mabuk bila naik Teksi tu. Nyaris aku nak muntah dalam dlm teksi sbb baunya kurang menyenangkan.

Nak boleh sampai kat depan rumah tokki, Allah jer yang tahu. Lambatnya nak sampai. Biasalah pakcik tua yang bawa. Laju mane sangat bawa.. 60 hingga 70km/j. Bila nak sampai agak nya. Aku rasa tahun ni last aku balik naik teksi. Aku lebih rela naik bas. Tapi sedih tetap sedih. Ayah tak balik beraya kerana terpaksa jaga enjin 12 jam. Kalau ayah tak ada, orang kampung tak ada api. Aku pernah tengok ayah operate generator mula pukul 7:00 mlm dan generator tu akan mati automatik pukul 7:00 pagi esok harinya..

-----------------------------------------**********-------------------------------------------

Tahun 2011

Kini...aku pulak mewarisi kerja cam ayah.. Kerja dengan utiliti bekalan elektrik ada giliran tunggu sedia. Dah 2 tahun berturut-turut aku kena standby pada Hari Raya.. Tahun 2010, aku berani-berani curi balik kampung utk sambut hari raya.. tapi tak seronok jugak sebab hati selalu duk pikir, kalau ade breakdown mati la aku..Alhamdulillah...stakat 2 tahun ni tak ada lagi breakdown pada hari raya. Allah itu Maha adil...Dia bagi jugak orang sambut raya bersama keluarga.

Tahun ni pun aku balik kampung dengan cruiser yg paling aku sayang CAQ 86...malam raya aku bertolak dari Kuantan, tiba di Kg.Paloh pukul 12:30 malam. Aku ke berandar rumah arwah tokki. Aku duduk sebentar di tangga. Dalam hatiku berdetik, kalau la arwah tokki aku ade kompom dia akan peluk cium aku lagi sebagai mana dia pernah cium & peluk aku tika aku kecil dahulu. Air mata ku bergenang. Aku beredar ke rumah mak, bersihkan diri dan menunggu waktu subuh.

Pagi tu orang lain sume sibuk ke surau untuk solat sunat adilfitri. Sempat jugak aku berada di rumah mak ayah di kampung paloh tika takbir bergema walaupun masih dalam standby , sempat aku menziarahi seorang diri ke kubur allahyarham Muda bin Muhammad a.k.a Tokki Muda dan allahyarhamah Khadijah bt Md. Amin a.k.a Mak Tua...Seterusnya beraya ke rumah guruku di sebelah Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Setelah selesai apa yg aku patut buat, aku bersiap-siap utk pulang semula ke Kuantan kerana masih standby breakdown. Aku hanya sempat berada di kampung Paloh hanya untuk beberapa jam sahaja. Tugas dan tanggungjawab lagi penting daripada aku beraya mengelilingi kampung. Apa yang penting, aku dapat berada di depan mata orang tua aku dan bersalaman dengan mereka, menziarahi tokki & mak tua, dan menziarahi guru aku.

Zaman dah berubah....raya oh raya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan