17 Oktober 2011

Selamat Hari Lahir buat diriku...


Alhamdulillah... aku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana aku diberi lagi kesempatan untuk bernafas sehingga genap usiaku 24 tahun. Aku bersyukur kerana Kau telah panjangkan lagi umur aku untuk aku menjawat jawatan sebagai hamba Mu yang daif. Aku juga bersyukur kepada Mu kerana Kau telah berikan aku kesihatan yang sejahtera supaya aku mampu beribadat kepada Mu. Walaupun dengan keadaan aku yang tidak beberapa sihat ini, tapi aku masih mampu merasai nikmat dunia yang telah kau berikan.

Hari ini adalah ulang tahun kelahiran diriku yang ke-24. Ini bermakna usia ku makin meningkat dewasa. 24 tahun berlalu dengan sekelip mata tanpa ku rasai pemergiannya. Semua kenangan lama tersimpan rapi dalam lipatan sejarah.

Aku jarang menyambut ulang tahun kelahiran diriku kerana aku tak suka. Seingat aku, hanya pernah sekali aku sambut ulang tahun kelahiran yang ke-8 pada tahun 1995. Tika itu umur aku berusia 8 tahun. Ayah berbesar hati utk buat majlis ulang tahun kelahiran aku secara kecil-kecilan. Aku menjemput sahabat handai yang terdekat dan rakan sekelas aku utk datang ke rumah jam 10:00 pagi.... hukhukhukhuk....maaf aku kurang sihat hari ni. Menu utama adalah Nasi Minyak, Bihun Goreng, Keropok, Kuih Agar-agar dan yg paling utama adalah sebiji kek hari lahir yang ditempah khas oleh ayah kat Bandar Al-Muktafi Billah Shah a.k.a AMBS. Ini la 1st and last aku sambut birthday.

Wallahu`alam....

16 Oktober 2011

Jangan Engkau Kahwini Wanita yang ENAM ini...


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah". 

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar. 

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. 

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. 

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam. 

02 Oktober 2011

Mengapa cincin pernikahan disarungkan ke jari manis??

Ikuti langkah-langkah berikut, Allah benar-benar buat keajaiban ini supaya manusia cam kita ni berfikir. Apa yang Dia cipta bukannya sia-sia..cuma kita jer yang malas nak mengkaji. Baik la, follow step kat bawah ni..
  1. Tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (rujuk gambar)
  2. Kemudian, 4 jari lagi ketemukan hujung-hujungnya.
  3. Permainan ini dimulai dengan memisahkan satu persatu jari yang dipertemukan tadi.
http://elinksgroup.googlepages.com/home

Next step:
  • Cuba anda buka ibu jari anda, ibu jari anda mewakili Orang Tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami perpisahan dan kematian. Dengan demikian, orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti bila dah tiba masanya.
  • Tutup kembali ibu jari anda, kemudian cuba anda buka jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili kakak dan adik beradik anda, mereka juga memiliki keluarga sendiri sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.
  • Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking di mana jari kelingking mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak akan meninggalkan kita juga.
  • Selanjutnya tutup jari kelingking anda, buka lah jari manis anda pula tempat di mana kita menaruh cincin perkahwinan anda, anda akan heran kerana jari tersebut tidak akan boleh dibuka. Ini kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus bersatu antara satu sama lain.. insyaAllah
Real love will stick together ever and forever

Thumb represent parents
Second fingger represent brothers & sisters
Centre finger represent own self
Fouth finger represent your patner
Last finger represent your children