18 Mac 2011

Pesanan Buat Sang Puteri

Puteriku,
Jangankan lelaki biasa
Nabi pun terasa sunyi tanpamu
Bahkan hati turut gersang
Malah fikiran pun tak menentu
Resah jadinya
Begitulah perlunya engkau wahai puteriku…

Puteriku,
Luluh hati dibelai jemari lembutmu
Tersentuh jiwa dengan kasih kudusmu
Lumrah engkau dicipta istimewa
Melengkap mana yang lompang
Menampal mana yang kurang
Itulah kuasa agung Maha Pencipta

Puteriku sayang,
Padamu lelaki memanggil bonda, dinda dan puteri
Keranamu dapur di rumah berasap
Lauk dan nasi terhidang untuk disantap
Saban waktu menghulur kasih mendidik zuriatmu
Patuhmu kau hulur pada insan bergelar ayah dan suami
Baktimu kau hulur mengaburi cita-citamu
Kudus hatimu  wahai puteriku

Tidak puteriku,
Amanah yang kau pikul bukan hanya
Untuk keluarga dan suami
Bukan hanya menjadi lembayung
Mencorak istana
Tetapi kau perlu keluar ke medan juang
Kau perlu membentuk watan berhati insan
Ayuhlah puteri persiapkan dirimu
Bukan esok, bukan lusa tapi sekarang
  
Namun puteriku,
Mampukah kudratmu untuk menongkah arus
Menabur bakti di luar kepompong duniamu
Kau insan berhati salju
Mudah cair dibahang kemelut
Akalmu senipis sutera
Mudah dicarik segala dusta
Berjayakah engkau puteri…
  
Puteriku,
Mengapa kau sangsi dengan upaya diri
Pastinya tiada istilah srikandi jika bukan untukmu
Ubahlah minda anjaklah paradigmamu
Buahkan rahim lembutmu yang
Mengandungkan lelaki teja
Bukankah tangan lembutmu yang
Mengasuh pemimpin bangsa
Percayalah puteriku….
Kau mampu berganding menjadi
Benteng negara
Paculah akal budimu
Kenal diri kenal penciptanu
Agar kau tidak tewas tersungkur
Kerana jatuhmu jatuhlah nusa

Ya puteriku  sayang,

Lengkaplah dirimu dengan ilmu dan nilai-nilai budi
Binalah benteng diri sebelum engkau melangkah
Kau punya kekuatan menggoncang dunia
Kerana selayaknya kau bukan hanya di
Dapur tetapi di medan tempur
Bangunlah puteri….
Untuk anak dan cucu cicitmu
Agar generasi muka punya jati diri yang gemilang
Bukan pak kadok yang bersorak
Bangga tapi kampung tergadai

Awak...

Awak, 
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk awak
Tapi ada juga hati yang puji
Jadi you can always count on me...

Awak,
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak jalan depan saya
Jadi senyum pun tak guna

Awak,
Hari ni awak tegur saya
Tapi saya buat2 pekak
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti borak
Penting sangat ke borak tu?

Awak,
Hari ni saya tegur awak
Tapi saya tegur awak dalam hati jer
Jadi awak tak penah dengar all the good lucks and take care hari-hari

Awak,
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa macam jauh gila
Padahal tak sampai sedepa

Awak,
Hari ni awak beratur belakang saya
Tapi saya tak tau nak cakap apa
Jadi saya pergi macam tu sahaja
Ruginya saya

Awak,
Hari ni berubah situasi
Tapi saya masih disini
Padahal dah kosong tak berisi

Awak,
Hari ni saya nampak awak kat KFC
Tapi awak tak macam dulu lagi, 
Dah berteman
Jadi saya terdiam sendiri

Awak,
Hari ni saya dah janji...nak pergi
Tapi tak tau kenapa tak boleh pergi 
Kononnya nak jauhkan diri

Awak,
Hari ni saya menyesal ada ego yang tinggi
Tapi dah tiada harapan kat sini
Jadi nak tak nak terpaksa tanggung sendiri

Awak,
Hari ni hari terakhir saya nampak awak
Tapi awak tak toleh pun kat sini
Awak fokus kat tv

Awak,
hari ni saya tengok gambar kita senyum
tapi gambar tinggal gambar
nak buang sayang
nak simpan sedih

Awak,
esok adalah perantaraan kita
ada balai berlepas
esok tiada esok untuk saya
esok juga tiada esok untuk awak

Awak,
semoga satu hari nanti
saya menginsafi diri
tak nak ada ego tinggi lagi
buat sakit hati

Awak, 
sebelum pergi
hari ni..kat sini
saya janji...
semua ni untuk awak
Sebab kenal awak anugerah terindah 
yang penah saya miliki.

Terime kasih Awak...
Terima kasih sangat2 sebab sudi jadi teman hidup saya...

Kisah Seorang Kiyai Dengan Burung Tiung

Tiba-tiba Saya teringatkan sebuah kisah tentang seorang Kiyai (guru) yang diceritakan Pak Guru haji Mohd Zuki As-Sujak beberapa tahun yang lalu dan Saya tuliskan di sini, bukan secara kata demi kata sebagaimana disampaikan beliau, melainkan dengan menggunakan gaya bahasa penulisan saya ala kadarnya, namun tidak mengubah jalan ceritanya yang asal. Sejauhmana nanti kebenaran daripada cerita ini, terserah dan bergantung kepada pembaca. Saya merasa dengan memanjangkan cerita ini kepada para ikhwan yang belum pernah mendengarnya adalah perkongsian pengalaman.

Sebagaimana dikisahkan ada seorang Kiyai yang mengajar Ilmu Agama di Pondoknya dan mempunyai bilangan murid yang rami, kerana Pak Kiyai ini pun Orang terkenal di kalangan masyarakatnya sebagai seorang memiliki Ilmu Agama yang tinggi. Pak Kiyai juga memiliki hobi memelihara Burung dan ada seekor Burung Tiung dibelanya. Burung Tiung ini telah dipelihara sekian lama sehingga pandai bertutur mengikut caranya, Sememangnya Burung Tiung pun jenis burung yang boleh meniru gaya suara yang selalu didengarnya yang merupakan satu kelebihan yang diberikan Allah kepada mahluknya di antara mahluk-makhluk sejenisnya yang lain.

Pak Kiyai mengajarkan murid-muridnya Pelajaran tentang Zikrullah dan bersama-sama mengamalkannya. Setiap hari Burung Tiung ini mendengar kalimat zikir " لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله " dan ikut sama menyebut kalimah zikir tersebut dengan lancar, sehinggalah tiba pada suatu hari yang nahas, Burung Tiung ini terlepas dari Sangkarnya lalu terbang dan berkeliaran ke sana sini di sekitar ruang Pondok Pak Kiyai itu, Pak Kiyai yang memang suka pada haiwan peliharaan dan kebetulan juga ada membela seekor Kucing. Kucing ini apabila melihat saja Burung Tiung berkeliaran dia pun tertarik dan melihatnya sebagai satu peluang untuk menjadikannya habuan, lalu terus bertindak menerkam Burung Tiung itu dan membahamnya di leher, Burung Tiung pun terkapar-kapar dan hanya sempat mengeluarkan bunyi " kiok " sebelum mati dengan sertamerta.

Melihat kejadian itu Pak Kiyai dan murid-muridnya tepaku dan tidak sempat menyelamatkan Burung tiung itu. Melihat Burung Tiungnya sudah mati, Pak Kiyai pun menyuruh murid-muridnya mengambil burung itu dan menyuruh ia ditanamkan dan jangan dibuang begitu sahaja. Murid-murid Pak Kiyai pun dengan segara melaksakan perintah Gurunya.

Semenjak hari itu Pak Kiyai bersedih dan menangis kerana kejadian itu benar-benar sangat menyentuh hatinya. Murid-muridnya jadi sangat prihatin dan berusaha mencari Burung Tiung untuk diberikan kepada Pak Kiyai sebagai ganti Burung Tiung yang sudah mati, Namun perbuatan sedemikian daripada murid-murid Pak Kiyai tidak juga boleh memberhentikannya daripada terus menangis, sehingga mereka jadi bimbang dengan keadaan Guru mereka. Mereka pun mendekati Pak Kiyai dan memujuknya dan ada yang berkata " tersangat sayangnya Pak Kiyai pada Burung Tiung itu sehingga menyebabkan Pak Kiyai terus menerus menangisinya ", mendengar itu Pak Kiyai pun menjawablah kata-kata daripada muridnya " sebenarnya Saya menangis bukan kerana tersangat sayang pada burung itu, tetapi Saya tersangat takut pada apa yang terjadi pada Burung itu ketika dibaham lehernya oleh kucing, terjadi pula pada Saya ". Jawapan Pak Kiyai itu menakjubkan dan menyebabkan murid-muridnya hairan kerana tidak menduganya sama sekali jawapannya .

Mudah-mudahan Kisah ini sentiasa dapat mengingatkan kita bahawa ucapan yang sebaik-baiknya diucapkan di akhir kalam ialah ucapan kalimah LA ILAHA ILLALLAH.

petikan dari Dewan Sidang TQNMalaysia.org

Sejauh Mana Kita Mencintai Allah..Tuhan Yang Maha Agung??

Suatu hari aku pergi kuliah di universiti, aku terasa kelas aku kosong padahal orang penuh. Tiada berpenghuni walaupun hakikatnya pensyarah sedang mengajar hampir 50 orang pelajar termasuk lah aku di dalamnya. Hatiku mulai gelisah dan gundah. Aku tak nampak apa yang diajar oleh pensyarah. Aku ambil keputusan untuk balik kolej untuk solat zohor… selesai solat, aku terus berzikir dengan cara yang diajar oleh guruku. Dalam tak sedar, hatiku menjadi sebak yang teramat sangat. Tetiba aku menangis dan air mata aku mengalir tanpa henti. Aku dapat rasakan Dia mendekati aku. Lalu….

Dia bertanyakan aku, "Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?" dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, "Ya, benar Tuhanku, Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!" Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi.

tetapi Dia terus bertanyakanku lagi, "Kalau begitu, mengapa kamu masih melakukan dosa?" Aku jawab, "Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna... aku bukan maksum."

"Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira... kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan... kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?" Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari.. titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, "Mengapa kamu buat begini... kadang kala sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?" Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

"Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi, kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkidmat di jalanKu?" Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi, aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan.. atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi... "Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya.

Aku turunkan kepada kamu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara." Sambungnya lagi, "Kini... adakah kamu menyintaiKu?" Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini? Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang bolehku jawab bagi persoalan itu?

Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah..." Kemudian Dia menjawab, "Sifatku pengampun... barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu." Aku bertanya kepadaNya, "Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali dan memohon ampun berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?" Dia menjawab, "Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, Aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan, Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh, Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan, Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir Dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya."

Aku tersentak dari lamunanku. Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti mengapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan... buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar. Petang itu aku lewat masuk kuliah.

Hatiku gembira sebab aku dah dapat ‘rasa’ sedikit apa yang dikatakan oleh guruku. Terima kasih ABAH… Syukur pada ALLAH MAHA ESA kerana memberi peluang kepada aku

17 Mac 2011

Coretan Ilusi...

Awal kebersamaan ini
bagaikan siklus metemorfosa
yang secara bertahap
membawa kita kepada proses kesempurnaan
dari sebuah persahabatan..

Dari awal perjumpaan ini
mengajar kita untuk saling memahami
basuhan butiran kasih sayang
mengajarkan kita arti daripada setiap kebersamaan..

kita sendiri tau
proses ini tidak semuanya sempurna
terkadang
percikan emosi memancing kita
menjadi orang lain
namun..
itu dapat kita kalahkan 
hanya dengan satu belaian kasih sayang

sampai tiba waktunya
kita semua harus bergegas
mengambil langkah untuk hari esok
mengharuskan kita merempuh arah
yang berbeda

namun mimpi yang kita tuju sama 
semua demi mengejar impian & cita
kini kita tinggal menepati sebuah janji
untuk kembali bersama
melepaskan kerinduan bersama mu
menyambung indahnya cinta kita