24 November 2013

Imbas Cerita Dulu-dulu

Arwah tokki aku...namanya Muda bin Muhammad. di Kg. Paloh, Manir, Duyong mahupun di Dungun dan juga K.berang dia lebih dikenali dengan nama 'Cik Muda tukang rumah'. ada juga dikalangan anak-anak buahnya menggelarkannya 'Ayah De'. aku hanya sempat bersamanya selama 20 tahun. tapi 20 tahun itu bukan sempat utk aku mendekati dirinya. kerana aku tinggal bersama keluargaku di Bukit Besi. 'Ayah De' dah berumur.... tapi masih berdaya melayan kerenah anak cucunya.


                 Aku bersama arwah ketika aku berusia 8 tahun (gambar di pagi hari raya tahun 1995)


Di kg. paloh, jam menunjukkan pukul 9.00 malam. keadaanya seperti tengah malam. bunyi unggas dalam semak sebelah rumah. maklumlah, rumah kampung. keliling rumahnya hutan kecil tapi masih ade rumah penduduk kampung sekitar itu. malam gelap membuatkan rasa mengantuk awal, diiringi angin malam. di atas 'lambur' (beranda) luar rumah, aku duduk termenung ditemani ibuku dan che ngah (mak saudara aku). Masa tu berusia 6 tahun, 'Ayah De' berusia dlm lingkungan 80 lebih (aku tak pasti), aku melihatnya mengajar silat kepada sepupu aku iaitu anak kepada mak long aku. senang cakap cucu sulong dia la. sepupu aku dah mula bermain silat sambil diperhatikan oleh 'Ayah De' dari atas tangga. 2 beradik sepupu aku bermain sesama mereka. 'Ayah De' memandang aku, "awang, mu tak boh belajor silat ke?" tanya dia sambil aku memandang ibuku. aku diam jer. che ngah membalas, "abang, gi la tokki nok ajor mu silat tu". aku mintak izin dengan ibuku. masa tu masih budak-budak. aku tak tahu apa-apa. 'Ayah De' turun tangga sambil memimpin aku. aku tercegat kat tepi gelanggang sambil perhatikan sepupu aku. aku ikut jer apa yang mereka buat. walaupun nampak sumbang. maklumlah, tak pernah bersilat. tak tahu apa itu silat. hampir sejam, ibuku panggil ajak naik untuk tidur. cam biasa la, ibuku la jadi mangsa untuk teman aku ke bilik air. rumah kampung, bilik air kat luar. gelap nak gi sorang diri. jam tunjuk pukul 10 lebih. aku pun masuk ke dalam rumah tengok TV. masa tu kat rumah che ngah aku TV lama. nak cari siaran kena pulas butang dia. kalau dapat siaran nasib baik. kalau tak dapat tidur awal la.
Gambar Sekadar Hiasan

aku tunggu 'Ayah De' masuk dalam rumah sebab aku selalu tidur bersamanya dalam bilik. tiada nampak gelibat bayangan tokki. entah ke mana dia pergi. aku menjenguk kat luar, dia masih di tangga. dalam gelap dia berseorangan sambil mengisi tembakau dan menggulung rokok daun. dinyalakan mancis, kemerah-merahan api dan berkepul asap keluar. tokki memang kuat merokok. tapi aku hairan, tak pernah dia batuk ke, sakit apa-apa. sihat sokmo kata org terengganu. aku mendekati tokki, "tokki, dah malam ni. jom masuk tidur." dia membalas, "dak per ah, awang nok tidur gi ar tidur dulu. kekgi tokki masuk ar." dia mmg bahasakan aku dan cucu-cucu lain dengan panggilan 'awang'. 2 orang sepupu aku keluar jugak duduk kat tangga. masa tu kami berempat. tokki memulakan ceritanya macam mana nak jadi pandai bersilat. aku ternganga sebab baru 1st time belajar. baru belajar tapak dan 'menyurong'. buah belum belajar lagi. dah takleh tahan dah, mata mengantuk. aku masuk tidur dgn che ngah. tokki masih diluar.

Begitulah rutin tokki aku setiap malam sepanjang cuti sekolah apabila anak cucu pulang ke kampung. Ketika tu aku tidaklah berapa mengetahui tentang diri sebenar siapa tokki aku yang lebih dikenali dengan 'Ayah De'. Aku pernah bertanya dengan ibuku tentang tokki, tapi ibu semacam menyembunyikan sesuatu daripada aku. Mungkin aku terlalu mentah lagi untuk mengetahui perkara yang lebih mendalam dan merumitkan. Saban malam boleh dikatakan ada sahaja orang yang datang ke rumah tokki. Sampaikan pukul 3 hingga 4 pagi mereka berborak. Terlintas di fikiran kecil aku, apa agaknya yang tokki ceritakan pada mereka. Seperti tiada hari siang untuk diceritakan. Ibuku terdiam sambil tersenyum mendengar rintihan kecil ku.

Masa makin cepat berlalu. aku makin membesar. Bersekolah di sekolah kebangsaan bukit besi. ketika itu aku darjah 3, sesi persekolahan waktu petang amat membosankan. waktu itu sudah ramai kawan-kawan aku yang mengikuti kelas tuisyen. Tetapi ada juga kawan aku yang mengikuti latihan di gelanggang silat. Gelanggang itu terletak 4km dari rumah aku. Aku pernah luahkan hasrat hati aku untuk belajar Perguruan Silat Tok Perpat Panglima Hitam pada ayahku tetapi aku tidak membenarkan. Tiada orang yang hendak menghantar dan mengambil aku. hatiku mengeluh hampa. maklum lah, ketika itu waktu kerja ayahku tidak menentu. kadang-kadang kerjanya siang. adakalanya giliran malam. Tapi ayah tidak menghampakan hajat aku. Biarlah tidak dapat bergelanggang, cukupla dia bawa aku melihat orang bersilat seminggu sekali. Terpaksalah aku belajar sikit dengan tokki apabila tiba musim cuti sekolah. Aku bukanlah dapat secara rasmi dengan tokki. aku tak sempat merasa air tangan dia sepenuhnya.

Aku memasuki ke alam sekolah menengah. Menuntut di sekolah menengah kebangsaan pulau serai, dungun. Ketika itu ayah bertukar tempat kerja. terpaksalah aku mengikutnya pindah ke dungun dan menetap di Kg.Seberang Pintasan. Di sekolah aku ada aktiviti persatuan silat. Seingat aku mereka aliran Pertubuhan Silat seni Pusaka Gayong Malaysia (PSSGM). Oleh kerana sudah lama aku tidak bersilat dan jiwa aku tak pernah merasai apa itu silat dalam erti kata sebenarnya. Ketika itu Persatuan Taekwondo baru ditubuhkan disekolah. aku bersama sepupu aku mendaftarkan diri. Setiap minggu berlatih di sekolah pada hari jumaat waktu petang. Pada mulanya ayahku enggan membenarkan aku menyertai seni beladiri itu sebab aku tiada kenderaan nak pergi berlatih. hari minggu mana ada bas sekolah. hanya ada satu pilihan, aku terpaksa berbasikal sejauh lebih kurang 5km mendaki 2 bukit. Oleh kerana semangat nak belajar, aku gagahkan diri. saban minggu aku berlatih. kerajinan aku itu sempat la aku memegang Yellow Belt. apabila sudah ada sedikit keyakinan dan keberanian, aku mula jadi sedikit agresif. tapi tiada lah pernah bertumbuk dengan kawan-kawan. Ayah membantah hasrat aku untuk terus belajar teakwondo. Katanya, "mulai minggu ni, mu tak payah pergi teakwondo lagi. belajar apa seni beladiri orang penjajah. silat kita ada. belajar silat sudah." hatiku remuk bila ayah berkata begitu. Ketika itu jiwa aku dah hampir sebati dengan teakwondo. Ayah tahu aku merajuk tapi ayah memang pandai memujuk. Katanya lagi, "Belajar dengan ayah sudah". aku tercengang. Ayah pandai silat ke? aku tak pernah tengok dan tak pernah tahu yang ayah pandai bersilat. dia pun tak pernah bercerita pada aku. Timbul rasa ingin tahu apa yang ayah ada sebenarnya. setelah dia tunjuk beberapa buah, aku dah mula boleh tangkap dan ingat. aku mulai perasan yang cara ayah main memang lembut. tak seperti teakwondo. gerak bunga tari dan buahnya buat saya terpegun. Ayah bertanya, "Taekwondo ada gerak camni tak?" Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil diperhatikan oleh ibuku yang tersenyum di ruang tamu rumah.

Hampir 2 jam aku berlengan dengan ayah di tengah ruang tamu. kelihatan ayah kepenatan. malam itu aku mempelajari sesuatu yang baru. Aku dan ayah terduduk diruang tamu sambil dihidangkan teh dan keropok goreng oleh ibu. Ayah menjadi penglipu lara pada malam itu. Menurut ayah, itu dinamakan gerak Minangkabau. Gerak langkah seperti orang tu bongkok yang keadaan berjaga-jaga, dijaganya rusuk kiri dan rusuk kanan. Ayah menyambung ceritanya,"ayah dapat dari arwah ayah wee. suami tok wee yang dulu. bersilat kat dalam rumah je dulu. atas lantai kayu tu sampai licin." Patutla dia ajar aku pun dalam rumah. aku ajak turun ke bawah dia tak nak. Ceritanya lagi, "selain tu, ada jugak lagi aku belajar silat dekat bukit belah tu. aku belajar dengan ayah Muda Pulut. arwah ayah dia orang panggil Tokki". "tokki jugak", rintih hati kecilku. Kami berborak sampai pukul 1 pagi. Selama ini aku tidak pernah tahu yang ayah aku juga tidak kurang hebatnya. Dia pun ada jugak belajar dgn 'Ayah De'. Dalam seusia aku itu 15 tahun, aku menyimpan semua ilmu yang ayah perturunkan pada aku. Kiranya aku sudah ada kembali asas silat, tapak, gerak dan buah.

Tahun 2005, aku dapat menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur. Di situ bermulanya percantuman silat gayong dalam jiwaku. Lintas akal fikiran aku hidup di tempat orang. Sebatang kara membawa diri tanpa saudara mara. Berbekalan asas yang dipelajari dengan ayah, aku cuba memperkukuhkan tapak yang sedia ada. Bermula dengan kelas ko-kurikulum, aku mengambil subjek silat gayong langsung terus menarik minat aku untuk melibatkan diri secara langsung dengan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM). Perkenalan aku dengan gurulatihnya ketika itu Mohd Shahrizal Abd Majid yang glamour dengan nama 'abang shah'. Ketika itu pembantu jurulatihnya Mohd Faez Abu Bakar. Gerun jugak aku melihat cara mereka berlatih. Terlintas detik hati aku, layak ke aku? boleh ke aku buat seperti mereka.
Persembahan Silat Seni Gayong UTMKL 2008
 (Duduk depan: Firdaus Azam, Badri)
 (Duduk belakang dari kiri: Syafiq, Taufik, Atikah, Ana, Emmy, Farah)
Berdiri belakang: Izatti danJemi
 


Saban hari sabtu pagi dan hari rabu malam aku akan turun gelanggang, membasahi badanku dgn peluh jantan yg menitik di tengah gelanggang. kerana terlalu meminati dan mengagumi seni gayong, aku berlatih pagi petang siang malam. berkat restu kedua orang tua ku, kerajinan aku bertapak di gelanggang gayong, aku sempat menghabiskan seni tangan kosong dalam tempoh 2 tahun. walaupun seni aku belum berapa kemas, tapi aku cukup yakin dengan semangat naga gayong yang sebati dalam diriku.

Rakan untuk berlengan a.k.a Hanif Hazrul [2006]


Khatam Golok 2006 di Gunung ledang
Dari kiri: Nik Masni, Asma, Hanif Hazrul, aku, Rizal, Faiz
Duduk: Iskandar

Khatam Golok 2007 di Sungkai, Perak
Dari kiri: Aku, Abang Dayat, Tok Arab, Bob, Tok Janggut, Ajis, Ameer
Duduk: Jemi dan Abang Aidil


Barisan Gurulatih dan Pembantu Gurulatih Gayong UTMKL 2008
 (Dari kiri: Aku, Abg Hapipi, Hamzah Murshidi, Tok Janggut, Jemi, Bob)
 (Duduk dari kiri: Hanif Hazrul & Firdaus)

  Ahli Gayong UTMKL (gambar di Gelanggang IBS Tahun 2008)


Kenangan Pembantu Gurulatih Gayong UTMKL 2008



 Khatam Golok 2014 Cucu Tok Kiyai di Ulu Rening, Selangor

Maafkan lah Si Dia

Berkurun lama aku tinggalkan dunia blog ni, tapi hari ni aku terdetik hati. Ada apa dengan perasaan yang bercampur baur dengan kenangan dan kepiluan??

Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

JANGAN BERSEDIH…