Berkurun lama aku tinggalkan dunia blog ni, tapi hari ni aku terdetik hati. Ada apa dengan perasaan yang bercampur baur dengan kenangan dan kepiluan??
Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk
seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya
terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu,
bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas
dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.
Mengapakah
insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan
fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut
akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.
Insan,
megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.
Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar
cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan
memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu
sendiri.
Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan
dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan
kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan
seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa
tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan.
Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi
hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.
Kita
mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk
melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah
memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta
berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk
kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.
JANGAN BERSEDIH…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan